20 Februari 2014 - 20:30
10 warga Palestin di Gaza cedera ditembak tentera Israel

Sepuluh warga Pelestin cedera ditembak tentera Israel dalam satu perbalahan tengah hari Jumaat berhampiran sempadan pendudukan Israel, Barat Gaza.

عشرة مواطنين بينهم اطفال اصيبوا برصاص قوات الاحتلالAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza kerajaan Hamas, Ashraf al-Qudrah berkata, "Sepuluh orang termasuk kanak-kanak telah ditembak pasukan keselamatan Israel di Timur kota Gaza."Menurut beliau di antaranya ialah remaja berusia 12 tahun yang cedera parah di bahagian kepala akibat terkena tembakan. Mereka yang cedera telah di pindahkan ke Hospital al-Shifa, kota Gaza untuk rawatan.Saksi-saksi berkata, ratusan rakyat Palestin termasuk puluhan kanak-kanak hadir dalam perhimpunan Ikatan Pemuda Intifadhah berhampiran Nahal Al-Auz, kawasan Gaza berhampiran Timur pendudukan Israel untuk memprotes sekatan sehingga menyebabkan tercetusnya perbalahan dengan pasukan rejim Zionis.Para saksi menjelaskan, sebilangan pemuda dan pemudi menghampiri pagar sempadan sehingga menyebabkan pasukan rejim melepaskan bom pemedih mata dan peluru hidup. Dalam masa yang sama para pemuda bertindak mengibarkan bendera Palestin dan memasangnya di pagar sempadan manakala sebahagian yang lain mengibarkan bendera Mesir.Sejak beberapa minggu yang lalu, sempadan Gaza menyaksikan pergaduhan antara rakyat Palestin dan tentera Israel pada setiap hari Jumaat.